Monday, November 5, 2012

Tip nak cantik

Salam to all readers.

Talking about beauty (wah speaking london pulak dah!!) Ok ok...aku serius.

Bercakap tentang kecantikan, adakah korang - korang kat luar sana faham apakah yang dimaksudkan dengan kecantikan sebenar?  Adakah muka ni boleh di kategorikan sebagai muka yang cantik?

Senyum lebih je makcik ni!!!

Korang semua nilaikanlah sendiri ye. Sebenarnya, maksud cantik yang sebenarnya adalah terlalu abstrak. Terlalu peribadi untuk dinilaikan. Sebabnya, kalau nak diikutkan, cantik dek kerana makeup je langsung tak ada guna. Bila tak makeup, muka dah macam vampire. KAH KAH KAH!!! eh betul ke vampire gelak macam tu?

Actually, banyak tips yang boleh kita amalkan untuk mendapatkan kecantikan yang kekal dari dalaman. Bak kata orang, inner beauty itu lagi kekal daripada make up beauty. Kat sini aku nak lah share dengan korang semua beberapa tips untuk mengekalkan kecantikan dari dalaman. Walaupun korang dah umur 40an nantikan, aku pasti korang akan tetap macam umur 15 tahun.

Ni antara tips yang aku amalkan. Check it out girls!!!!

1. Makan rumput laut/ ulam - ulaman.
Hidangan bawah laut tertentu, seperti rumput laut, memiliki komposisi yang sama dengan plasma darah dan merupakan salah satu sumber terkaya dari mineral dan nutrisi. Rumput laut juga meminimumkan efek penuaan diri dengan mendetokktasi kulit dan memerangi radikal bebas.

Aku lebih suka makan ulam - ulaman seperti daun selom, daun ulam raja, tenggek burung. Sedap!!!

2. Cukup tidur
Wajib untuk cukup tidur.

3. Jangan stres
Hiburkan diri supaya tidak stress.

4. Kurangkan pengambilan gula
Gula yang berlebihan boleh menyebabkan penuaan.

5. Rajin bermasker
Campurkan perahan air lemon dan putih telur, kacau selama 3 minit lalusapu  ke wajah, tunggu 30 minit lalu bilas dengan air panas.

6. Makan banyak protein
CUba makan daging sapi, ikan, telur, keju, kacang-kacangan.

7. Pakai krim malam
Sebelum tidur, WAJIB menggunakan krim malam yang mengandung vitamin B,C, dan P untuk  kulit. Paginya kulit akan terasa halus dan lembut.

8. Minum vitamin
Minumlah suplemen vitamin A,C, dan E yang membantu mencegah kerusakan kulit akibat sinar matahari dan penuaan.

9. Makanan yang sihat untuk kulit
Perbanyakkan makanan yang menyihatkan kulit seperti salmon, almond, dan buah beri.

10. Hindari rokok
Bukan hanya berhenti merokok, tapi juga hindari asap rokok karena bisa menyebabkan kulit BERKEDUT karena merosak enzim penghasilan kolagen.
 



Wah mudanya nenek ni.





Jangan terkejut. Actually aku pun terkejut tengok muka aku jadi macam ni 20 tahun akan datang. (Application ni TIPUUUUUUU)  Tapi oklah, still cantik. Ayat perasan dah keluar. Kalau korang nak try application ni, klik here. Have fun.

http://www.in20years.com/

Bye.





0 Comments:

Post a Comment

Komentar boleh mengomen di sini!!!

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home