Tuesday, November 6, 2012

Fenomene KELUMUMUR

Salam to all readers.

Masalah kelemumur sering saja mengganggu tak kira lelaki ataupun perempuan, tua ataupun muda. Kelemumur adalah sejenis binatang yang suka menari - nari di dalam semak yang banyak sampah. (Apa aku merepek ni?)
LOL



Berikut adalah fakta yang aku ingin kongsikan bersama tentang kelemumur:-

  • Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
  • Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
  • Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
  • Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur. 


Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:
    • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
    • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
    • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
    • Pengeluaran minyak yang berlebihan
    • Perubahan hormon
    • Tekanan perasaan
    • Daya imuniti yang rendah
Apakah tanda-tanda kelemumur?
  • Kulit kepala gatal dan menggelupas
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian
Bagaimana untuk merawat kelemumur?
Gunakan syampu anti kelemumur.
Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:
  • Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
  • Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
  • Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
  • Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
  • Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat
Bagaimana mencegah berlakunya kelemumur?
  • Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
  • Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut:
Apa penyebab kulit mengelupas?
Keadaan
Ciri-ciri
Kulit kering
  • Gatal
  • Kelupasan kulit yang kecil dan kurang berminyak
Seborrheic dermatitis
  • Kulit kemerahan dan berminyak
  • Kelupasan kulit berwarna putih atau kekuningan
  • Melibatkan kawasan yang banyak kelenjar minyak seperti bulu kening, belakang telinga, hidung dan pangkal peha
Psoriasis
  • Kelupasan kulit yang tebal, bersisik dan berkilat
  • Tidak menjejaskan pertumbuhan rambut
  • Kawasan yang sering terlibat adalah kulit kepala, lutut, siku dan bahagian badan
Contact dermatitis
  • Kulit kepala kemerahan, gatal dan bersisik
  • Disebabkan oleh alahan kepada produk penjagaan rambut yang tertentu

Sumber artikel: laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

So, sebagai seorang wanita,  kita harus peka tentang masalah kelemumur yang mengganggu diri kita. Pentingnya menjaga kebersihan kulit kepala supaya tidak dijangkiti kelemumur. Aku cadangkan korang semua gunalah Syampoo Sunsilk yang kaler biru tu. Aku pun pakai yang tu. :)



Ce korang try pulak. Result gerenti gempak. Dah lah wangi.

0 Comments:

Post a Comment

Komentar boleh mengomen di sini!!!

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home